• Syaziyah Md Sharif

Pelakon Taiwan Meninggal Dunia, Wasiatkan RM 3 Juta Kepada Pembantu Indonesia

Mendiang juga mewasiatkan perhiasan emas kepada pembantunya itu

Kredit Foto: imdb, idntimes

Pembantu rumah atau pembantu peribadi merupakan antara yang banyak menolong seseorang itu dalam menjalani kehidupan dan kebanyakkan menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.


Begitu juga cerita seorang pelakon Taiwan, Chen Sung-Young, 76, yang meninggal dunia pada 17 Disember lepas dimana dia mewasiatkan wang sebanyak 2 juta NTD (RM 302,000) kepada pembantunya yang berasal dari Indonesia kerana menjaganya sejak beberapa tahun lepas.


Wanita bernama Yule itu menjaga mendiang yang mempunyai masalah kesihatan kronik termasuklah diabetes dan kemurungan.


Beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri dan sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.


Chen juga berkata dia berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.


Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta NTD (RM180,000) kepada Yule


Sebagai info, Chen Sung-Young terkenal dengan filem yang mendapat pengiktirafan di Taiwan "A City of Sadness" dan di pentas antarabangsa dia dikenali daripada filemnya dengan bintang aksi seni terkemuka Jet Li dalam filem Legend of the Red Dragon serta Jackie Chan dalam filem Gorgeous.





Sumber: Coconuts

30 views0 comments