• Jonathan Shiek

Pelakon ‘Crash Landing On You’ Son Ye Jin Dan Hyun Bin Disahkan Sedang Hangat Bercinta

Siapa yang tak mengenali kedua-dua pelakon hebat yang pernah membintangi drama dari terbitan Netflix ‘Crash Landing On You’ ? drama ini pernah menjadi fenomena pada hujung tahun 2019 ketika itu.

Selepas percintaan mereka diumumkan, aktres Son Ye Jin telah meluahkan perasaannya di akaun Instagram nya. Perkongsian sekeping gambar sebakul bunga dan aktres tersebut menuliskan perasaanya diruangan kapsyen “ Tahun baru ini, meluahkan perasaan ini kepada kalian semua tentang cerita peribadi, bukan berkenaan karier dah membuatkan berasa malu” ujarnya.

Ye Jin menyambung lagi ayatnya dan membuka kisah percintaannya bersama Hyun Bin kepada umum.”Saya berasa canggung. Tetapi saya sangat berterima kasih kerana telah bertemu dengan ramai orang yang baik. Saya juga akan berusaha keras untuk menjaga hubungan ini sebaiknya dan juga menghargai semua dukungan dan kasih sayang anda kepada saya” katanya lagi menerusi diruangan kapsyen Instagram.


View this post on Instagram

A post shared by 손예진 (@yejinhand)


Laporan tersebut, pihak agensi kedua-duanya memberikan kenyataan rasmi dan mengesahkan berita yang membuatkan banyak peminat berasa gembira. Percintaan mereka telah pun terjalin selama lapan bulan. Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan ini, semoga kekal terus bersama.

Apa pandangan korang terhadap percintaan Son Ye Jin dan Hyun Bin? Sweet kan? Share kan pandangan korang diruangan komen dibawah tau.

Sumber artikel asal Gempak

#crashlandingonyou #hyunbin #sonyejin

0 views0 comments