• Jonathan Shiek

Pelajar Tidak Masuk Kelas ‘Online’, Uruskan Kambing Beranak

Adanya wabak Covid-19 yang melanda kini, banyak institusi pembelajaran di Malaysia tampil dengan inisiatif untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Tidak dapat dinafikan, kedua-dua pendidik dan pelajar juga mempunyai banyak masalah dan cabaran semasa kelas dalam talian, berbanding dengan pembelajaran biasa. Dari itu, terdapat beberapa kisah menghiburkan yang berjaya menarik perhatian netizen tempatan.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM ) dalam laman TikTok baru-baru ini berkongsi sebuah kisah lucu yang terjadi kepadanya ketika dalam kelas ‘online’, menurut pengguna media sosial TikTok, @/cahhhhhhh_6, rakan sekelasnya tidak dapat menghadiri kelas kerana alasan yang luar biasa!

@cahhhhhhh_6korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence🤣🤣 Agak ii kisah ni masuk fyp tak🙊😂##studentlife ##odl ##uitm ##kambing

♬ Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tik tok & Tendencias & Challenge


Pensyarahnya mengeluarkan senarai mereka yang tidak dapat mengikuti kelas dan meminta mereka memberikan alasan yang kukuh.

Seperti yang diketahui ramai, pelajar cenderung memberi alasan biasa seperti sakit, kecemasan, dan sebagainya sekiranya mereka gagal mengikuti kelas mereka. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar lelaki ini, yang dikenali sebagai Mohd Syafiq, mengejutkan semua orang setelah dia memberitahu bahawa dia tidak hadir kerana kambing peliharaannya baru saja beranak!

Kerana tidak percaya dengan pelajarnya, pensyarah itu kemudian memintanya untuk mengambil gambar dengan kambing bayi sebagai bukti. Keesokan paginya, Syafiq berkongsi gambar selfie dengan anak-anak kambing yang baru lahir, selain klipnya di dalam kandang kambing itu.

Peh, lain macam!

0 views0 comments