• Jonathan Shiek

Pelajar SPM Sujud Syukur Beramai-Ramai Selepas Tamat SPM

Seperti kita mengetahui, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini telah bermula pada 22 Februari yang lalu dan kini ada berbaki lebih kurang dua minggu lebih sebelum pelajar SPM bakal menamatkan peperiksaan ini tak lama lagi.

Tetapi berbeza dengan Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di mana para pelajar melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan SPM. Serba sedikit ia menyentuh perasaan guru mereka. 

Menurut dari guru berkenaan, Hafiz Amran, pelajar di maktab amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.” Paling menyentuh apabila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas peperiksaan tadi. Suci murni hati mereka,” ujarnya guru tersebut.

Tambahnya lagi, “sentiasa ingat pesan guru untuk jaga solat dan jaga agama. InsyaAllah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang”.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments