• Syaziyah Md Sharif

Pelajar Siswazah Buat Pelitup Muka Dengan Menggunakan Gula-Gula Kapas, Apa!

Updated: Sep 21, 2021

Mahesh M.Bardi, seorang pelajar siswazah di Institusi Sains Okinawa, Jepun telah menemui sesuatu yang baru. Dimana dengan cara inovasi terbaru untuk menurunkan kos pembuatan pelitup muka seperti N95: dengan hanya menggunakan mesin gula-gula kapas. Unik bukan?

Teknik baru ini melibatkan beberapa proses pemanasan plastik biasa seperti beg plastik, botol atau beg membeli-belah. Diikuti cara dengan memasukkannya ke dalam mesin gula-gula kapas. Mesin tersebut akan memutarkan plastik menjadikannya serupa dengan gula-gula kapas juga. 

Bardi, kemudian menggabungkan bahan serat terisi untuk jadikan pelitup muka yang direka sendiri menggunakan pencetak 3D. Pengesahan konsep tersebut masih kurang jelas lagi untuk ditiru dalam proses pengeluaran secara besar-besaran. Terutama produk tersebut sesuai atau tak sesuai untuk Eco-friendly terhadap alam sekitar dari segi mudah dilupus mahupun boleh digunapakai semula.

Saya memahami pelitup muka N95 agak mahal untuk dibuat, dan ia cuma dibuat dalam kuantiti yang terhad untuk diedarkan kepada pengguna.  Sekiranya, korang nak baca liputan penuh boleh check di sini ye.

#gulagulakapas #N95

0 views0 comments