• Jonathan Shiek

Pelajar Sekolah Diheret Disebabkan Kaki Tersepit Di Pintu Bas

Kejadian yang berlaku di Huizhou, China pada 8 April lalu di mana seorang pelajar perempuan yang mengalami cedera ringan apabila diheret beberapa meter akibat kakinya tersepit di pintu sebuah bas.

Mengikut dari video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelajar tersebut membawa beg sekolah cuba turun daripada bas berkenaan. Ketika pelajar terbabit turun dari bas, pemandu bas terus menutup pintu terlalu awal menyebabkan kaki pelajar itu tersepit sebelum diheret beberapa meter.

Pemandu kemudian baru menyedari perkara tersebut apabila terdengar suara orang menjerit. Selepas pintu bas dibuka semula, pelajar berkenaan mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan kaki. Pemandu berkenaan terus membawa pelajar perempuan ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Biro Pengankutan Perbandaran Huizhou mengesahkan selepas kejadian tersebut pemandu tersebut kini digantung kerja susulan insiden tersebut dan siasatan sedang dijalankan.




Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments