• shafika9

Pelajar Menang Loteri RM 3.08 Juta Selepas Divaksin

Memang betul-betul rezeki dia

Kredit foto: Utusan Malaysia


Siapa boleh menyangka seorang pelajar universiti boleh memenangi loteri berupa wang tunai bernilai 1 juta dolar Australia (RM 3.08 juta) melalui satu kempen pemberian ganjaran bagi individu yang mengambil suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Wanita yang bernama Joanne Zhu dari New South Wales diumumkan sebagai pemenang hadiah utama bagi program Million Dollar Vax.


Program itu menawarkan ganjaran sehingga sejuta dolar Australia (RM 3.08 juta) kepada mana-mana warga yang menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap di negara tersebut. Pelajar berusia 25 tahun itu merupakan antara 2,744,974 warga Australia yang mendaftar untuk kempen tersebut.


Menurut Zhu, dia berasa amat gembira dan tidak menyangka akan memenangi hadiah utama dalam kempen pemberian ganjaran tersebut. Kini Zhu bercadang untuk membelanjakan sebahagian besar wang tersebut bersama-sama dengan keluarganya.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


5 views0 comments