• Jonathan Shiek

Pelajar Hina Palestin ‘B*bi’ Dibuang Sekolah

Tular di media sosial Indonesia apabila seorang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Bengkulu, Sumatera dibuang sekolah selepas dia memuat naikk satu klip video menghina Palestin di akaun TikTok miliknya.

Pelajar perempuan yang tak didedahkan identitinya dengan memuat naik video dengan menggelar warga Palaestin sebagai ‘babi’ dan seharusnya dibunuh. Pelajar terbabit kini berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana melanggar Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UUITE).

Gadis berkenaan telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka.“Saya memohon maaf kepada negara Palestin dan warganya berhubung kenyataan saya di TikTok. Saya juga berjanji akan menerima akibatnya,” katanya.

Ketua Lembaga Pendidikan Bengkulu Tengah, Adang Parlindungan berkata, tindakan pelajar perempuan itu telah mencemarkan imej pendidikan di Bengkulu Tengah dan penyelesaiannya adalah pihak sekolah perlu menyerahkan pelajar tersebut kepada ibu bapanya. Ini kerana pelajar berkenaan tak mengetahui penderitaan yang dirasai oleh rakyat Palestin.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments