• Jonathan Shiek

Pekerjaan Dua Jelitawan Ni Best Gila! Kenali Izzati & Atiqah, Juruterbang Wanita Belon Udara Pa

Jujur, setiap kali dengar orang sebut belon udara panas, mesti terbayang filem-filem dan juga iklan komersial luar negara yang penuh menggambarkan suasana romantik, mengujakan dan ‘magical’ apabila berada di dalam belon udara panas itu. Tiap kali kita juga takkan pernah terfikir bahawa pengalaman ini akan dapat termakbul di negara kita, Malaysia! Maklumlah sini kan panas.

Tapi korang tahu kan, dah lebih 10 tahun ada event Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta yang dianjurkan oleh AKA Balloon Sdn Bhd? Haaa! AtasPagar berpeluang menemu ramah dua gadis jelitawan yang telah menganjurkan event itu, juga merupakan juruterbang wanita belon udara panas, pertama di Malaysia!

Nak mengenali Izzati & Atiqah Khairudin? Jom baca selanjutnya.

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Izzati Khairudin merupakan CEO bagi AKA Balloon Sdn Bhd dan pengarah untuk MyBalloon Adventure Sdn Bhd.

AKA Balloon Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1995 oleh arwah bapa mereka En. Khairudin Abd Rani bersama dua orang rakan. Ketika itu, arwah En. Khairudin merupakan juruterbang belon udara panas pertama di Malaysia.



Tetapi kematian secara mengejut ayah mereka pada tahun 2012 mendorong Izzati dan Atiqah untuk meneruskan legasi dan impian ayah mereka.

Menjelang bulan November tahun 2015, mereka berdua berjaya memperoleh Lesen Juruterbang Peribadi (PPL) di Sepanyol.

Ayah dan Mama confirm bangga dengan mereka.


View this post on Instagram

A post shared by Hot Air Balloon Malaysia (@myballoonadventure)


Nur Izzati Khairudin, 34, dan adiknya, Nur Atiqah, 32, ternyata amat berbangga dan cukup meminati jurusan ini, terutama sekali apabila legasinya sesuatu yang amat bermakna kepada mereka berdua.

Setiap peserta dan setiap pekerja mereka dianggap seperti keluarga.

“Salah satu perkara yang membuat saya jatuh cinta dengan industri ini adalah bukan kerana keterujaan menerbangkan belon udara panas. Tetapi kerana orang-orang di sebaliknya,” kata Izzati.

Gambar: zilzarlife.com


“Kami mempunyai international balloonists (juruterbang) yang menghadiri acara di Putrajaya setiap tahun. Walaupun dari serata dunia, anda akan kagum dengan keakraban kami. Kami benar-benar seperti keluarga besar.”

“Setiap kali kami mengembara dan berada di luar negara, pasti akan ada seseorang dari komuniti belon udara panas yang akan menjemput kami untuk makan malam, bahkan menawarkan tempat penginapan. Saya kira ini adalah satu keistimewaan menjadi sebahagian daripada keluarga yang indah ini.

“Mereka tidak pernah melihat sesiapa dari segi warna kulit atau agama.”

Selagi kita memahami antara satu sama lain dan berkongsi minat yang sama, kita juga adalah salah seorang daripada mereka,” ujar Izzati.

Setelah memperoleh lesen juruterbang di Sepanyol, Izzati dan Atiqah merentas Semenanjung Malaysia menggunakan belon udara panas dalam satu ekspedisi yang dipanggil ‘Life On Air’ pada 2016.

Life On Air merupakan satu inisiatif bertujuan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan anak-anak muda mengenai kewujudan belon udara panas di negara ini. Mereka pergi ke sekolah di negeri-negeri yang terpilih untuk menjadi tuan rumah serta mengadakan bengkel belon udara panas.

Ketika bertemu dengan AtasPagar, Izzati & Atiqah meluahkan rasa kesal kerana akibat pandemik Covid-19, mereka harus menunda acara tahunan mereka seperti Putrajaya dan Penang Hot Air Balloon Fiesta. Namun begitu, mereka tetap kreatif dan meneruskan bisnes, juga memberi dorongan kepada generasi muda yang berminat dengan karier yang di luar kebiasaan untuk tidak berputus asa, ikut kata hati dan buat apa yang memberikan anda kebahagiaan.

Berminat nak cuba naik belon atau nak tahu lebih lanjut? Layari website mereka di www.myballoonadventure.com dan  Instagram mereka di @myballoonadventure.

Tonton video penuh mereka di bawah:


View this post on Instagram

A post shared by AtasPagar.my (@ataspagarmy)


0 views0 comments