• shafika9

Pekerja Pizza Hut Terpaksa Menahan Sabar Dengan Karenah Pelanggan

Biasalah kadang-kadang memang ada pelanggan yang merasakan dirinya saja yang betul

Kredit foto: TikTok Bamlan


Terbaharu terdapat sebuah video yang tular di media sosial dengan memaparkan situasi seorang pelanggan yang merakam pekerja di Pizza Hut apabila tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli piza yang diinginkannya.


Seperti dilihat dari video tersebut, wanita terbabit berulang kali bertanyakan kenapa restoran Pizza hut tidak dapat mengambil pesanannya. Pekerja Pizza Hut tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar rosak disebabkan disambar petir menyebabkan restoran Pizza Hut itu tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan tersebut.


Situasi ini sememangnya tegang dan dilihat apabila pekerja Pizza Hut tersebut kelihatan sudah mula hilang rasa sabar kerana menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu. Video tersebut memang mendapat perhatian warganet dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan yang tidak faham bahasa.






Para netizen memuji sikap pekerja Pizza hut yang cuba untuk bersabar dan bersikap professional menjawab soalan daripada pelanggan yang bersikap agresif itu. Bukan senang nak bersabar dengan pelanggan bersikap seperti ini, memang banyak cabarannya. Apa pendapat korang dengan isu seperti ini ? pelanggan atau pekerja tersebut yang betul ?.


Sumber artikel asal dari VOCKET



1 view0 comments