• Jonathan Shiek

Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

Pada sebelum ini, pernah menjadi bahan bualan netizen terhadap masalah pembayaran komisyen terhadap pekerja penghantaran syarikat J&T. Tetapi, isu ini kembali tular semula disebabkan ada pekerja syarikat tersebut mula buka mulut dan menceritakan perkara sebenar.

Baru-baru ini, tular di media sosial situasi dirakam di hub pengumpulan barang syarikat penghantaran, J&T Express telah membuka kembali isu pembayaran komisyen tersebut. Seperti korang boleh lihat dalam video berkenaan, pihak J&T kelihatan membaling parcel yang terdapat di hub sambil menjerit sebagai tanda mogok kepada pihak pengurusan.

nak mogok, mogok jelah barang customer jarang kacau barwa. cuba kalau barang korang beli courier buat camtu ape kau rasa? pic.twitter.com/oXRh9WtzDp — Hamba Picisan (@JamalThaRebel) February 6, 2021

Disebabkan video tersebut yang tular di media sosial, rata-rata netizen juga berkongsikan keadaan parcel mereka yang kemek, rosak, pecah dan koyak. Dipercayai sesetengah pihak J&T yang mencampak barang pelanggan mahupun ada sesetengah dari mereka yang membuka barang pelanggan, seperti yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut.

the nightmare is finally here thanks jnt 🙂 pic.twitter.com/HCzeseh9Dj — 👑 SKINDUTTI KL (@amradll) February 6, 2021
MuG rm35 (Pecah)buyer mintak refund-approved . . JNT Rm4.66 untung sampai abg jamil mam” . aku makan pasir🤣 https://t.co/a3zLUbXh9f pic.twitter.com/gN6CijDSgc — abang jamil dan maznah bergabung meletop (@keretasewaqayem) February 6, 2021
PLS HELP ME RT SAMPAI @jntexpressmy NAMPAK! Kali keempat ye terkena so I tak boleh sabar sbb rugi kat I. Ur staff curi I punya 5 item serbuk asam. Ada kesan koyak, then tak bersalah soletip semula dgn soletip JNT. padahal I guna soletip fragile. before this hilang bila I ngadu.. pic.twitter.com/dYg4lrCxEK — farotiko (@farahatika__) January 31, 2021
Been there! jnt bukak kotak!! Ada prove lagi dari seller 😤 pic.twitter.com/JSvn31nHFd — ميرا (@Miralalalalala_) February 3, 2021

Pihak pengurusan J&T seharusnya menjaga kebajikan pekerja mereka dan perlu diberikan kadar bayaran yang sepatutnya. Bagaimana pendapat korang terhadap isu tersebut? berikan pendapat korang diruangan komen dibawah.

1 view0 comments