• Jonathan Shiek

Pekerja Hotel Bimbang PKP Akan Lebih Diperketatkan Lagi

Siapa yang tak takut bila dengar PKP akan diperketatkan lagi betul tak? Malah yang paling memberi impak teruk semestinya industri perhotelan mahupun pelancongan pada masa kini. Antaranya, kekurangan penerimaan pelancong dan pembatalan tempahan bilik hotel didalam negara sendiri. Kebimbangan ini yang mencetuskan pekerja industri perhotelan mungkin berlaku pembuangan pekerja.

Ramai mula berasa bimbang sekiranya 4 Februari ini akan terjadi penutupan ekonomi secara ketat. Mereka juga akan memikirkan, masa depan yang mereka harus hadapi sekiranya tak diterima gaji mahupun dibuang kerja.

Menurut seorang pekerja hotel bernama Hasni, meminta kerajaan untuk mencari langkah terbaik bagi mengatasi pandemik Covid-19 pada ketika ini supaya pekerjaan mereka tak terjejas dengan teruk.

Sumber artikel dari Utusan Malaysia

#PKP

1 view0 comments