• Syaziyah Md Sharif

Pekerja Bar Ini Tergamam Apabila Gajinya Dibayar Dengan Syiling 5 Sen

Syiling itu diletakkan di dalam baldi dan mempunyai berat hampir 30 KG!

Kredit Foto: Mirror UK

Seorang pekerja sebuah bar di Dublin tergamam apabila bekas majikannya sengaja membayar gaji terakhirnya menggunakan duit syiling.


Menerusi Mirror UK, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rian Keogh disuruh mengambil gaji terakhirnya selepas pengurus Alfie Bar mahu membayarnya secara tunai.


Namun begitu, Keogh tidak menyangka bahawa bayaran tunai itu dibuat menggunakan duit syiling dalam sebuah karung seberat 30 kilogram (kg).


“Jika ada yang mahu tahu pengalaman saya sepanjang bekerja di Alfie Bar, ini adalah salah satunya apabila dibayar menggunakan wang syiling dalam karung.


“Semua wang syiling ini bernilai 5 sen, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu saya tukarkan menjadi wang kertas,” tulisnya di laman Twitter.


Hantarannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang menyuruh Keogh melaporkan perbuatan tersebut kepada jabatan buruh.



Sumber: Mirror UK

8 views0 comments