• Jonathan Shiek

Pejabat Diarah Pindah, Rakan Sekerja Balas ‘Budi’ Hadiahkan Makcik Cleaner Gelang Emas

Walaupun seseorang itu bekerja sebagai makcik cleaner, mereka masih manusia biasa yang membanting tulang empat kerat dalam mencari rezeki yang halal walaupun sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat.

Suatu perkongsian seorang lelaki di laman Twitter dikenali sebagai Izwan Sajjer, menceritakan cara dia dan rakan sekerja yang lain menghargai cleaner yang pernah berkhidmat di syarikatnya.

Since our company moved to KL, we have to terminate our cleaner contract. Bertahun beliau menjaga kebersihan syarikat dan sentiasa peramah bila diajak berbual.. Jadi, rakan pejabat semua sepakat untuk menghadiahkan seutas gelang rantai emas utk membalas jasa2 beliau.. pic.twitter.com/5xTwdkH0E1 — Entahla, saya kan cuma ikan (@IzwanSajjer) March 25, 2021

Menerusi thread ringkas itu, lelaki ini menjelaskan cleaner yang dikenali sebagai Kak Jati, merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan disenangi oleh pekerja-pekerja di situ. Walau bagaimanapun, atas sebab syarikatnya terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur, Kak Jati terpaksa diberhentikan.

Walaupun berat hati untuk melepaskannya, pekerja-pekerja di situ mengambil inisiatif dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada wanita itu.Difahamkan, wanita tersebut telah diserahkan kembali kepada agensinya semula sebelum dipindahkan ke tempat lain. Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi gembira Kak Jati menerima hadiah tersebut.

Walaupun berbeza bangsa dan negara, saling hormat-menghormati adalah penting utk mengekalkan perpaduan. Terima kasih kpd semua rakan pejabat yang menyumbang.. Dan semoga kita ketemu lagi, Kak Jati ❤️ P/s: Kak Jati ditempatkan semula ke agensi beliau sebelum diberikan tempat baru — Entahla, saya kan cuma ikan (@IzwanSajjer) March 25, 2021

Semoga dimurahkan rezeki!

0 views0 comments