• Jonathan Shiek

PDRM Siasat Guru ‘Galak’ Buat Lawak Rogol

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila seorang pelajar sekolah menengah memuat naik video di TikTok memaklumkan terdapat guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani membiasakan lawak melibatkan rogol sehingga membuatkan beberapa pelajar tidak selesa.

@ant33ater

pls make the school environment safer for us, as teachers u have lots of influence with your mindset. #xyzcba #tiktokmalaysia

♬ original sound – ain orkid – ain orkid

Video yang dimuat naik nampaknya turut mendapat perhatian ramai malah turut membuatkan mereka yang pernah melalui perkara yang sama bersuara. Lebih parah, pelajar ini dikatakan turut menerima ugutan rogol daripada pelajar lelaki kelas beliau sendiri.

Menerusi isu yang berlaku, beliau memaklumkan kepada bapanya di mana mereka telah membuat laporan polis berikutan insiden yang berlaku. Bapa pelajar juga turut mengakui ralat untuk menghantar anaknya ke sekolah setelah mengetahui isu yang berlaku di kelas anaknya.

this is what my councelling teacher said when i referred to him. pic.twitter.com/oZsjjo12Hb — ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 24, 2021

Menerusi tweet beliau sebelumnya telah tampil berjumpa dengan kaunselor sekolahnya dalam menceritakan masalah yang berlaku namun jawapan yang diterima adalah lawak atau ‘gurauan’ melibatkan rogol tidak dipandang serius oleh pelajar lelaki dan lebih sensitif buat pelajar perempuan.  Apa?

Pelajar ini juga seolah disalahkan kerana mencalarkan nama baik sekolah dan juga guru berkenaan. Menerusi isu yang berlaku, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan pihak PDRM sedia menyiasat laporan yang diterima di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

Sumber: TheVocket

0 views0 comments