• Jonathan Shiek

PDRM Buru ‘Influencer’ Langgar SOP, Rentas Negeri

Polis Kelantan sedang mengesan beberapa individu yang juga personaliti media sosial dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Polis sahkan sedang kesan beberapa individu yang juga personaliti media sosial dipercayai melanggar SOP PKP termasuk merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-KP Kelantan pic.twitter.com/4GrzmXO8nf — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 23, 2021

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan berkenaan pada 22 Febuari.

Katanya, hasil semakan terhadap berita yang tular mengenai beberapa individu yang disyaki melanggar SOP PKP, ada beberapa keping gambar yang dimuat naik individu berkenaan menunjukkan mereka bergambar dengan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

SERIOUS QUESTION ; HOW CAN THEY RENTAS NEGERI? Explain! PLUS WITHOUT MASK. pic.twitter.com/NAV26piudH — jelin (@sambalpedasss) February 21, 2021

“Malah, ramai juga yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Justeru, polis Kelantan sedang mengesan individu berkenaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media semalam.

Semalam, tular di media sosial beberapa personaliti media sosial yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri perkahwinan rakannya di Kota Bharu.

Sumber: Berita Harian

#influencerrentasnegeri

0 views0 comments