• Jonathan Shiek

Pawagam Bakal Buka Semula 5 Mac Ini

Kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah umumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Selangor, Johor dan Pulau Pinang akan ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dimana ia akan berkuatkuasakan pada 5 Mac ini sehingga 18 Mac 2021.

Semestinya, apabila status Perintah Kawalan Pergerakan telah diubah, maka banyak kelonggaran kerajaan telah berikan dan boleh beroperasi seperti biasa semula. Antaranya, sektor pawagam yang sudah kian lama tutup dan kini bakal beroperasi dengan pembukaan semula pada 5 Mac ini. Syarikat pawagam GSC Cinemas dan TGV Cinemas mula mengumumkan di laman Instagram mereka secara rasmi, dimana mereka akan mula beroperasi secara penuh pada Sabtu ini.


View this post on Instagram

A post shared by GSC | GSCinemas (@gscinemas)



View this post on Instagram

A post shared by TGV Cinemas (@tgvcinemas)

Saya pasti ramai yang tak sabar untuk kembali menonton di panggung wayang? Apakah filem yang korang akan menonton bila pawagam akan buka semula ? share kan komen korang dibawah ya.

0 views0 comments