• shafika9

Patung Gergasi Di China Terpaksa Dipindahkan Kerana Buruk

Harga patung gergasi bernilai RM 99 juta ini terpaksa dipindahkan hanya kerana kelihatan buruk

Kredit foto: Bored Panda


Kerajaan China dilaporkan telah membelanjakan sebanyak AS$24 juta bersamaan RM 99.5 juta untuk memindahkan sebuah patung gangsa gergasi berikutan aduan penduduk yang menyatakan ia menyakitkan pemandangan di bandar Jingzhou, wilayah Hubei pada baru-baru ini. Pada ketika ini, kerja-kerja untuk mengalihkan patung gergasi itu dari tempat asalnya sedang dilakukan oleh para pekerja.


Patung gergasi setinggi 57 meter itu menunjukkan bentuk badan Guan Yu iaitu seorang jeneral tentera semasa dinasti Han berkuasa iaitu sekitar tahun 202 sebelum Tahun Masihi sehingga 220 selepas tahun masihi. Lama-kelamaan patung tersebut dikenali sebagai dewa perang. Namun, penduduk tempatan dan beberapa pegawai kerajaan mengadu bahawa patung tersebut yang seberat 1,200 tan itu kelihatan terlalu buruk.


Disebabkan perkara ini, Kementerian Perumahan Jingzhou memutuskan bahawa patung tersebut perlu dipindahkan dari tempat asalnya kerana menjejaskan kebudayaan Jingzhou.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian


9 views0 comments