• Syaziyah Md Sharif

Patah Hati Sebenarnya Boleh Membawa Maut

Menurut penyelidik sindrom ini dinamakan ‘Takutsubo’

Gambar Hiasan

Pernah tak korang rasa sakit hati atau patah hati sehinggakan anda merasa sesak dada dan sakit kepala? Satu kajian baharu menunjukkan bahawa seseorang manusia berisiko meninggal dunia disebabkan situasi patah hati


Menurut penyelidik klinikal kardiologi Universiti Aberdeen, Dr. David Gamble, sindrom itu yang dinamakan takutsubo, ia mungkin disebabkan perasaan kehilangan orang tersayang, tekanan mahupun kegembiraan melampau yang seterusnya bertukar menjadi serangan jantung mengejut.


Sebanyak 70 peratus kes berkaitan takutsubo dikesan dalam kalangan mangsa yang berdepan situasi putus cinta, kematian orang tersayang, kemalangan kereta atau diserang penjenayah.


Selain situasi negatif, peristiwa menggembirakan seperti kejutan ulang tahun, menang wang loteri atau lamaran perkahwinan juga menyumbang kepada takutsubo.


Gamble berkata, tindak balas tekanan yang dicetuskan oleh peristiwa-peristiwa mengejut itu menjadikan peningkatan adrenalin secara tiba-tiba di dalam badan.


“Ini secara tidak langsung memberi isyarat ‘pertarungan’ kepada jantung untuk mengepam darah lebih pantas ke otak dan otot,” jelasnya.


Pakar Kardiologi dan Perunding Kehormat Hospital Diraja Brompton memberitahu, dalam sindrom takotsubo, adrenalin menutup bahagian bawah ventrikel kiri dan ruang pam utama.


Bentuk abnormal ini dapat dilihat pada sinar-X jantung yang menyerupai periuk tradisional masyarakat Jepun yang digunakan untuk menangkap sotong kurita ketika memancing dan menjadi cetusan kepada nama takotsubo pada 1990.


Sumber: Kosmo, Daily Mail UK

0 views0 comments