• Jonathan Shiek

Pasukan Bola Sepak Tottenham Hotspur Beri Ucapan Ramadhan Dalam Bahasa Melayu!

Peminat sukan bola sepak terutamanya yang berada di Malaysia teruja dan berbangga apabila mendapat ucapan selamat menyambut kehadiran Ramadan daripada pasukan bola sepak antarabangsa Tottenham Hotspur.

Menerusi satu muat naik di laman Instagram rasmi pasukan tersebut @spursofficial, sekeping gambar memaparkan empat bintang pasukan berkenaan iaitu Son Heung-min, Gareth Bale, Dele Alli dan Tanguy Ndombele dengan ucapan ‘Jaga Jarak, Patuhi SOP dan ‘Ramadan Tiba Sekali Lagi’ telah mengejutkan pengguna media sosial terutamanya rakyat Malaysia.


View this post on Instagram

A post shared by Tottenham Hotspur (@spursofficial)


Gambar beserta ucapan yang dimuat naik kira-kira satu jam lepas itu turut disertakan dengan kapsyen ‘Marhaban ya Ramadan’. Bulan suci kembali tiba. Saat tepat mensucikan diri daripada segala dosa. Semoga ibadah puasa kita dilancarkan dan keberkatan Ramadan dilimpahkan. Selamat menunaikan ibadah puasa buat umat Islam di Malaysia.

Perkongsian itu setakat pukul 6 petang tadi telah mendapat kira-kira 4,810 tanda suka dengan 364 komen yang rata-ratanya bertanyakan sama ada ianya akaun sebenar atau palsu memandangkan ucapan di kapsyen yang dibuat dengan menggunakan bahasa Malaysia.

0 views0 comments