• Jonathan Shiek

Pasukan Amal Beri Perkhidmatan Urus Jenazah Percuma Untuk Golongan Asnaf

Peningkatan kos pengurusan jenazah yang mencecah sehingga RM1,500 mendorong sekumpulan individu menyediakan perkhidmatan itu secara percuma untuk golongan asnaf.

Baca: Golongan Asnaf (Penerima Zakat)

Pengerusi Pasukan Amal (Amal Team) Kelantan, Tengku Mohd Harith Tengku Abd Aziz berkata, idea memperkenalkan perkhidmatan itu timbul selepas pihaknya melihat terdapat golongan asnaf terpaksa ‘berhutang’ untuk menyempurnakan urusan jenazah.

“Lebih menyedihkan lagi ada dalam kalangan mereka terpaksa ‘menangguhkan’ seketika urusan pengebumian ekoran kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Amal Team di Kampung Wakaf Raja di sini pada Sabtu.

Menurutnya, perkhidmatan percuma kepada golongan asnaf itu merangkumi urusan mandi mayat, kafan, solat jenazah, penghantaran dan pengebumian.

Katanya, Amal Team mempunyai kepakaran dalam semua aspek termasuk memandikan serta mengkafankan jenazah.

“Kami beroperasi 24 jam setiap hari tanpa bayaran dan bergerak atas sumbangan orang ramai. Setakat ini kami mempunyai lima buah van jenazah yang sedia membantu golongan asnaf,” katanya.

Menurut Tengku Mohd Harith lagi, bagi melancarkan lagi pergerakan pihaknya bernaung di bawah Pertubuhan Amal Valley.

“Sekiranya ada pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5622-6355-3821 atas nama Pertubuhan Amal Valley. Golongan ansaf yang mahu mendapatkan bantuan pula boleh menghubungi talian 016-4215423,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

0 views0 comments