• shafika9

Pasport Bakal Ada Pengimbasan QR Code Vaksin Untuk Melancong Pada Tahun Depan

Updated: Oct 8, 2021

Tanpa kita sedar, tahun 2020 cepat berlalu pergi dan banyak perkara yang kita tak boleh nak lakukan seperti biasa pada tahun ini, disebabkan pandemik COVID19 yang tiada penawarnya.

Sektor pelancongan diantara sektor yang paling terjejas teruk pada tahun ini. Menyebabkan banyak syarikat penerbangan terpaksa diberhentikan krew kapal terbang mahupun juga dari sektor lain. Kini, banyak sektor yang telah mula membuka dan menjalankan demi kelangsungan ekonomi yang lebih baik.

Tahukah korang pasport pada tahun depan juga memerlukan ‘vaksin’ sebelum seseorang dibenarkan melancong? Menurut laporan CNN, terdapat beberapa syarikat teknologi kini mula membangunkan aplikasi dengan hanya menggunakan telefon bimbit untuk menyimpan data mengenai ujian COVID19 dan pengambilan vaksin.

Syarikat yang dikenali The CommonPass dilaporkan, untuk membangunkan aplikasi yang membolehkan pengguna memuat naik data perubatan mereka, atau vaksin yang telah diambil di hospital diimbas melalui QR Code tanpa mendedahkan informasi sensitif untuk menunjukkan pada pihak berkuasa. Data ini juga boleh diakses di mana-mana tempat termasuklah sesebuah negara.

Pembangunan aplikasi ‘vaksin’ masih lagi dibangunkan bagi mendapat kerjasama beberapa syarikat penerbangan dunia termasuk Cathay Pacific, Lufthansa, Swiss Airlines dan United Airlines.

Sumber artikel asal dari Gempak

#vaksin

1 view0 comments