• Jonathan Shiek

Pasir Berbentuk Bintang Menjadi Tarikan Pantai Di Jepun

Terdapat sebuah pantai di Jepun menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana keunikan pasir yang berbentuk seperti bintang kecil. Pantai yang dimaksudkan itu adalah Hoshizuna-no-Hama yang membawa maksud Pantai Pasir Berbentuk Bintang terletak di Irimote, pulau kedua terbesar di wilayah Okinawa.

Menerusi mata kasar manusia, ia kelihatan sama seperti pasir biasa, namun jika diasingkan dan dilihat dengan teliti, pengunjung akan menyedari bentuk bintangnya. Pembentukan pasir bintang adalah disebabkan pantai Hoshizuna-no-Hama terdiri daripada berbilion-bilion eksoskeleton foraminifera iaitu protozoa laut yang tumbuh subur di dasar laut.

Berukuran hanya beberapa milimeter, butiran pasir berbentuk bintang sangat sukar untuk diperhatikan pada mulanya namun apabila diasingkan di tapak tangan, ia akan semakin jelas kelihatan. Ramai pengunjung datang ke pantai ini untuk melihat sendiri pasir berbentuk bintang tertentu.

Disebabkan itu, pihak berkuasa tempatan melarang orang ramai membawa pulang bungkusan pasir unik itu bersama mereka. Hoshizuna-no-Hama namun masih terdapat beberapa pantai pasir bintang di pulau-pulau berdekatan iaitu Taketomi, Tokashiki dan Hatoma.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments