• Jonathan Shiek

Pasangan Suami Isteri Ditahan, Edar Dadah Guna Kotak Kopi

Muslihat sepasang suami isteri menyembunyikan dadah di dalam kotak serbuk kopi pracampuran gagal apabila polis menahan mereka di belakang bangunan Pejabat Pos di Sibu, Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Collin Babat berkata anggota polis memerhatikan gerak-geri mencurigakan pasangan itu yang kedua-duanya berumur 32 tahun, lau bertindak memberkas mereka kira-kira pukul satu tengah hari.

Beliau berkata polis menemui beberapa ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 2KG di dalam kotak serbuk kopi berjenama itu.

“Dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM151,236 dan pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (kerana mengedar dadah),” katanya di sini.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini memperoleh maklumat awal berhubung pergerakan pasangan itu dari Bukit Aman di Kuala Lumpur sebelum sepasukan anggota digerakkan ke kawasan pasangan berkenaan.

“Setakat ini tiada pengakuan daripada pasangan suami isteri tersebut ke atas barang kes yang dirampas itu dan mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Sungai Merah Sibu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: FMT

0 views0 comments