• Jonathan Shiek

Pasangan Suami Isteri Belajar Buat Bom Secara ‘Online’

Kejadian letupan bom di sebuah Gereja Katedral Makassar di Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu telah dilakukan oleh pasangan suami isteri suspek pengebom bunuh diri yang maut. Menurut dari pihak Polis Republik Indonesia (Polri), Rafli Amar berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek berkenaan.

“Hasil siasatan menunjukkan bahawa mereka mempelajari cara menghasilkan bom hanya menggunakan dalam talian, dan komunikasi melalui media sosial yang dibangunkan oleh mereka. Mereka juga menghasilkan bom berkenaan, dengan seliaan orang kanan yang dilatih dari luar negara,” ujar Rafli Amar.

Polri juga mengumumkan bahawa pasangan berkenaan merupakan anggota ekstremis dan pernah terlibat dalam pengeboman di Jolo, Filipina. Polri juga telah menahan empat orang di Jakarta dan Bekasi bagi insiden serangan bom berkenaan.

 Sumber artikel asal Astro Awani

0 views0 comments