• Jonathan Shiek

Pasangan Ini ‘Pikat’ Mangsa Ke Dalam Hutan Untuk Dibunuh Lalu Makan Mereka

Sepasang suami isteri dipercayai ‘memikat’ mangsa ke dalam hutan sebelum membunuh dan memakannya dalam satu ritual menyembah syaitan.

DailyStar melaporkan Andrei Tregubenko dan Olga Bolshakova yang berasal dari sini mengaku melakukan dua pembunuhan yang berlaku di wilayah Rusia, Leningrad Oblast dan Karelia pada 2016 dan kedua-dua mangsanya berusia 27 tahun yang juga merupakan kenalan lama Bolshakova, dipercayai jatuh cinta dengan Tregubenko.

Lebih mengerikan, pasukan penyiasat mengesyaki kedua-duanya melakukan banyak lagi pembunuhan.

Tregubenko dan Bolshakova yang dipercayai mempunyai dua anak perempuan, pada mulanya ditangkap kerana kesalahan dadah tetapi mengaku melakukan dua pembunuhan dan memakan mayat mangsa, menurut media tempatan mendakwa kedua-dua mangsa juga meminati ilmu hitam dan mempercayai suspek tetapi akhirnya mengorbankan diri mereka sendiri.

Anak pasangan itu dilaporkan dijaga adik Tregubenko, Knesia yang memberitahu media tempatan bahawa abangnya hanya berminat dengan Satanisme selepas bertemu Bolshakova.

Namun, Bolshakova kini menyalahkan pasangannya untuk semua yang terjadi dan mendakwa dia mula menggunakan dadah kerana lelaki itu sering memukulnya.

Sumber: Harian Metro, Daily Star UK

0 views0 comments