• Jonathan Shiek

Panggung Bandaraya Hampir Terbakar

Kejadian yang berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur pada pagi kelmarin, dimana sebahagian luar bangunan Panggung Bandaraya di Dataran Merdeka terbakar hampir disambar api yang marak.

Menurut dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian selepas kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga dibantu oleh orang awam.

Komander Operasi PBK II, Mohd Azam Alip berkata, 9 anggota bersama sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) dikerahkan ke lokasi kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, memaklumkan pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

Kata pihak tersebut, “kebakaran menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkap bangunan yang terbakar hampir 100 peratus, manakala meja di koridor digunakan oleh pengawal keselamatan turut terbakar. Kebakaran berpunca dari api yang dihidupkan oleh petugas untuk halau nyamuk tapi tak dipadamkan secara habis dan meninggalkan tempat untuk lakukan rondaan,” katanya.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments