• shafika9

Pandalela Dedahkan Sikap Sebenar KJ Yang Ramai Tak Tahu

Gambar KJ yang tular baru-baru ini, sebab buat lawatan mengejut di Hospital Kajang

Kredit foto : Berita Harian


Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial yang secara tiba-tiba KJ lakukan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang pada minggu lepas dengan hanya memakai pakaian kasual tanpa iringan atau sebarang sambutan. Gaya beliau yang amat bersahaja membuatkan netizen memuji sikap YB Khairy Jamaluddin yang sanggup turun padang untuk meninjau sendiri keadaan di hospital Kajang serta meluangkan masa bersama para staf.


Bukan setakat itu, malah atlet renang negara, Pandelela Rinong tampil berkongsi di Twitter mengenai sikap KJ yang beliau masih ingat sehingga pada hari ini.

Menurut dari perkongsian Pandelela sendiri, KJ sebelum ini turut membuat lawatan mengejut suatu masa dahulu untuk menonton pertandingan terjun di mana beliau memilih untuk datang dengan tiada sambutan atau iringan. KJ hanya duduk di tempat duduk penonton biasa saja.


Secara tidak langsung, pendedahan yang dibuat oleh Pandelela sekaligus membuka mata orang ramai bahawa lawatan mengejut yang dilakukan KJ bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Malah netizen turut memuji sikap KJ di ruangan komen, ini menunjukkan beliau amat bersahaja serta tidak kekok untuk turun padang bersama para penonton dan rakyat.






16 views0 comments