• shafika9

Palestin Menamakan ‘Malaysia Street’ Di Gaza Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-64

Ini hadiah paling bermakna buat negara Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-64

Kredit foto: Utusan Malaysia


Terdapat sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan sebahagian daripada negara Asia Barat itu. Banyak usaha untuk membantu rakyat Palestin dari segi misi kemanusian, desakan di peringkat antarabangsa dan solidariti. Dengan itu Palestin menzahirkan penghargaan dengan menamakan sebatang jalan berhampiran kota Gaza sebagai ‘Malaysia Street’.


Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin-Malaysia (PCOM), Muslim Imran, berkata pembinaan papan tanda yang tertera ‘Malaysia Street’ di laluan masuk itu diluluskan Majlis Perbandaran Gaza. Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments