• Jonathan Shiek

Paknil Berhasrat Taja Vaksin Covid-19 Kepada Yang Memerlukan

Personaliti TV tanahair Datuk Aznil Nawawi yang mesra disapa Pak Nil sentiasa mencari ruang untuk mengejar saham akhirat dengan membantu golongan memerlukan.

Terbaharu, pengacara yang sinonim dengan program realiti Akademi Fantasia itu menyuarakan hasratnya untuk menaja suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan yang memerlukan.

Beliau bercadang untuk memberikan suntikan vaksin untuk Covid-19 berkenaan dengan kadar segera dan beliau sedia membayar kosnya tanpa perlu menunggu giliran.


View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)


“Pemberian vaksin itu secara percuma dan berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan petugas barisan hadapan. Yang lain perlu mendaftar secara dalam talian dan tunggu giliran. Mungkin lima hingga 10 bulan akan datang.

“Namun, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran. Saya ingat nak ambil yang berbayar. Ada sesiapa yang nak ‘join’ saya? Saya akan taja, tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi,” kata Aznil dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.

Netizen menyambut baik niat murninya itu dan mendapat lebih 10K likes.

Semoga Paknil terus dimurahkan rezeki!

Sumber: Astro AWANI

#Paknil

0 views0 comments