• shafika9

Pakar Mendakwa Makhluk Asing Sebenarnya Tidak Ganas Dan Suka Dipeluk

Lain macam je bunyi. Boleh percaya ke fakta ini ?

Terdapat seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge di Britain menyifatkan makhluk asing mungkin sebenarnya tidak akan makan manusia seperti kebanyakkan filem sains fiksyen yang selalu digambarkan. Malah, sebaliknya ia suka dipeluk, lapor akhbar Daily Star. Dr. Arik Kershenbaum berkata, tiada sesiapa yang tahu rupa sebenar makhluk asing kerana wataknya lazimnya dimainkan oleh manusia.


Menurut beliau, imej paling realistik tentang makhluk asing adalah mikroskopik dan sekiranya ia bersaiz besar, ia mungkin kelihatan seperti watak Tribble yang merupakan makhluk asing berbulu dalam filem Star Trek. Kebanyakkan makhluk asing yang digambarkan dalam sains fiksyen dan kisah-kisah penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) mempunyai dua mata, turut ada dua lengan dan dua kaki.


Seolah-seolah manusia boleh agak makhluk asing ini mempunyai anggota badan yang sempurna lebih kurang sama dengan manusia. Beliau juga berkata banyak lagi bentuk makhluk asing yang mempunyai reka bentuk yang unik seperti cacing, ikan atau labah-labah.


Kalau pada pandangan korang bagaimana pula? bagaimanakah rupa sebenar makhluk asing ini agaknya ? sila berikan komen dibawah.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


7 views0 comments