• shafika9

Pakaian Pahlawan Melayu Berjaya Curi Tumpuan Di Paralimpik Tokyo

Rekaan dari UITM Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis

Kredit foto: Utusan Malaysia

Baru saja pada hari semalam, telah menandakan bermulanya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan sekali lagi busana pahlawan Melayu yang diperagakan para kontinjen Malaysia ini telah menjadi perhatian dunia. Busana yang diinspirasikan menerusi persalinan Laksamana Hang Tuah daripada segi penggayaan dan motif tradisional yang mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama.


Persalinan para kontinjen paralimpik Malaysia mendapat fokus dan pujian dari @Tokyo2020 di ruangan Twitter rasmi penganjur sukan tersebut. “Kami suka dengan pakaian anda, Malaysia,” tulis si akaun tersebut.



Kombinasi warna Jalur Gemilang yang disusun secara harmoni dapat menaikkan lagi busana itu, dan kelihatan sanggat anngun dengan gaya tersendiri. Rekaan tersebut dihasilkan oleh Universiti Teknologi MARA dibawah Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Shah Alam.


Terdapat 10 orang mewakili kontinjen negara dalam perbarisan tersebut, dengan Malaysia negara ke-139 yang memasuki ke dalam Stadium Olimpik, Tokyo. Bagi pemegang bendera negara diberikan kepada Bonnie Bunyai Gustin merupakan jaguh powerlifting.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments