• Syaziyah Md Sharif

Pak Belang 'Teman' Pelajar Di Hari Pertama Persekolahan

SK Balar Gua Musang, didatangi harimau belang yang berada di luar pagar sekolah

Kredit Foto: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Kebiasaanya, ibu bapa yang selalu melihat anak-anak dari luar pagar pada hari pertama persekolahan kan? Lain pula ceritanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang.


Menurut satu perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, insiden itu berlaku di perkarangan asrama SK Balar, Gua Musang.

Difahamkan, harimau tersebut terpaksa keluar dari habitat asalnya berikutan tempat tinggalnya itu berkemungkinan telah dihapuskan secara sepenuhnya.


Dalam posting itu juga, Persatuan Haiwan Malaysia menggesa pihak terbabit agar melakukan sesuatu sama ada menyelamatkan hutan yang menjadi habitat mereka selama ini atau haiwan liar yang terlibat agar tiada siapa yang menjadi mangsa korban di kemudian hari.



Sumber: Facebook


10 views0 comments