• Syaziyah Md Sharif

Orked dan Mukhsin Bakal Temui Anda Di Netflix!

Updated: Sep 24, 2021

Netflix Malaysia mengumumkan, filem-filem arahan Yasmin Ahmad bakal ditayangkan pada 18 Disember ini! Tak sabarnya! 

Sebagai permulaan, akan ada tiga filem yang bakal ditayangkan iaitu Talentime, Mukhsin dan Rabun. 

Pengarah lagenda arwah Yasmin Ahmad, banyak melahirkan filem-filem yang membuka mata rakyat Malaysia dan memecahkan stereotaip.

Credit: Wikipedia


Filem Mukhsin yang mengisahkan cinta pertama antara Orked dan Mukhsin yang baru sahaja berumur 10 tahun, memang sangat comel! Filem ini juga memenangi Best Feature Film untuk Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk di 57th Berlin International Film festival.

Credit: imdb.com


Talentime pula menceritakan kisah suka dan duka peserta pertandingan bakat di sekolah mereka, sangat menyentuh hati!

Credit: NetflixMY


Terakhir sekali filem Rabun, filem ini dinspirasikan oleh bapa Yasmin Ahmad sendiri yang mempunyai masalah separa buta. Ianya mengisahkan percintaan pasangan tua yang sangat romantis!

Dalam posting yang sama, Netflix Malaysia juga menyatakan ketiga-tiga filem ini juga turut akan ditayangkan bukan sahaja di Netflix Malaysia tetapi di semua Netflix juga! Wow!

Instagram caption: Jom mengimbau kenangan dengan filem-filem Yasmin Ahmad di platform Netflix! Bermula 18 Disember ini, jangan lupa! 

0 views0 comments