• shafika9

Pemilik Nombor Pada Kad 'Squid Game' Makin Stress, Terima Terlalu Banyak Panggilan

Sehingga 4,000 lebih panggilan setiap hari, tak termampu pemilik nak melayan kesemua nombor yang menghubunginya

Kredit foto: Pinkvilla


Drama siri ‘Squid Game’ ini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia pada masa kini. Drama yang mengisahkan tentang mereka yang mempunyai masalah kewangan diundang oleh lelaki misteri untuk bermain permainan dengan menawarkan hadian wang tunai yang sangat lumayan.


Akan tetapi, lelaki misteri itu memberikan satu kad dengan bertulis nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya pemain itu bersedia untuk bermain permainan tersebut. Siapa saja yang boleh menyangka drama siri yang tengah hit ini, turut mempengaruhi kehidupan di dunia nyata kerana nombor telefon pada kad tersebut yang ditawarkan oleh lelaki misteri dalam siri itu sebenarnya wujud dan digunakan atas nama seseorang.


Disebabkan itu, pemilik nombor asal menerima banyak panggilan dan mesej tak diketahui.”Setelah Squid Game mula ditayangkan, saya menerima banyak sangat panggilan tanpa henti, 24/7 sehingga menyukarkan saya untuk meneruskan kehidupan seharian,” kata pemilik nombor yang dipetik dari laman The Korean Herald.


Dia turut berfikir ingin menukar nombor telefonnya itu, tetapi nombor tersebut sudah digunakan lebih dari 10 tahun. Ini membuatkan dia ragu walaupun sudah menerima lebih 4,000 panggilan setiap hari. Difahamkan, pasukan produksi membuang tiga angka pertama dari keseluruhan nombor telefon. Jadi, penonton dapat menghubungi nombor dengan mudah menggunakan kod kawasan. Untuk Kota Seoul, Korea Selatan akan bermula kod 010.


Pihak Netflix sudah pun menghubungi lelaki tersebut dan meminta pihak produksi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya, Netflix gagal mencari jalan penyelesaian, syarikat terbabit boleh didenda sebanyak 50 juta won.


Sumber artikel asal dari VOCKET


11 views0 comments