• Jonathan Shiek

Orang Ramai Berebut Nak Dapatkan PS5 Di Jepun Sehingga Batal Penjualan

Seperti kita mengetahui pelancaran konsol PS5 ini, memang menjadi rebutan kepada semua golongan, tak kira muda mahupun tua. Sejak pelancaran konsol PS5 pada tahun lalu di Jepun, para gamers di seluruh dunia tetap menghadapi kesukaran bagi membeli konsol tersebut disebabkan stok yang terhad di setiap negara.

Baru-baru ini, di Jepun tersebar bahawa ada kedai elektronik di Akihabara, Tokyo menjual stok baharu PS5, maka berebut-rebutlah orang nak ke kedai elektronik berkenaan. Tapi, masalah mula timbul apabila penjual PS5 tak memberitahu jumlah unit terjual mahupun secara siapa yang sampai dahulu akan dapat memilikinya atau secara undian rambang.

Sememangnya, ia mencetuskan kekecohan ketika hari penjualan konsol berkenaan. Seperti dilihat video pendek dari seorang pengguna Twitter @ AJapaneseDream, ternyata ramai orang mula beratur di pintu masuk Yodobashi Camera untuk membeli PS5.

Oh my God!!!! ヨドバシps5 pic.twitter.com/v2ilIadbFk — Dave Gibson ⠿ POKEMON🗼 (@AJapaneseDream) January 30, 2021

Apabila kedai dibuka orang ramai berpusu-pusu dan bersesak masuk tanpa kisah penjarakan sosial, hanya semata-mata nak dapatkan konsol berkenaan. Malah, pihak pengurusan kedai juga tak boleh mengawal kemasukkan pelanggan.   

PS5買いに行こうと秋葉原のヨドバシ行ったら完売していました。 帰ろうと駅の前まで来ると転売ヤーが沢山のPS5買い漁ってました… そりゃ本当に欲しい人には行き渡らないわけだ…😳 pic.twitter.com/ltsuCdKBWn — ひよこぉぉぉぉ!🐥 (@uetyan01) January 23, 2021

Kebanyakan pelanggan mula kecewa, kerana cawangan berkenaan tak menetapkan syarat bagi pembelian konsol tersebut. Bagi, cawangan Yodobashi di Osaka hanya pemegang kad Visa Gold Point Plus boleh membeli PS5 di cawangan berkenaan saja.

Kerajaan Jepun cuba untuk menangani masalah ini supaya ia lebih adil bagi semua pelanggan untuk memiliki produk berkenaan pada harga pasaran dan bukannya dibayar harga nilai lebih tinggi.  

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments