• shafika9

Orang Kurang Upaya Menjadi Rider Penghantar Makanan GrabFood Dengan Beroda 4

Updated: Sep 24, 2021

Kenali Muhammad Sidek Osman, 21 tahun bekerja sebagai rider GrabFood dengan motosikal yang unik kerana mempunyai empat roda. Bagi korang yang duduk di kawasan Gombak, KL korang mungkin mudah untuk perasan Sidek di kawasan tersebut. Sidek juga, telah mengubah suai motosikalnya supaya memudahkan dia untuk menunggang, lagi-lagi semasa waktu puncak. Sidek mempunyai masalah komplikasi sejak lahir lagi, tumbuhnya rata-rata hanya 108cm.

Sumber: AFP

Menurut sumber AFP, Sidek adalah pekerja sepenuh masa bagi rider GrabFood. Ia bukanlah satu tugas yang mudah buat Sidek untuk menghadapi cabaran bagi menghantar makanan kepada pelanggan. Sidek pernah memohon pekerjaan lain, tapi kebanyakan ditolak oleh majikan kerana kecacatannya yang dihadapi menjadi satu penghalang buatnya. Jadi Sidek tiada pilihan lain untuk bekerja sebagai rider penghantar makanan. Sementara itu, “saya berasa seronok dapat berinteraksi bersama rider yang lain dan juga pelanggan” ujarnya.

Seperti kita tahu para rider dikalangan orang kurang upaya bukanlah kebiasaan yang kita mudah lihat. Masalah penyediaan fasiliti dan infrastruktur bagi golongan kurang upaya amatlah terhad di dalam negara kita. Berharap pihak bertanggunjawab perlu menyediakan banyak kemudahan bagi golongan kurang upaya lebih lagi dari segi ruang parkir kereta, pengguna berkerusi roda dan sebagainya.  

Sumber artikel asal dari AFP

#OKU #RIDER

0 views0 comments