• Jonathan Shiek

ORA R1 Dijual Dengan Harga RM37,000 Menjadikan Kereta Elektrik Termurah Di Dunia

Kenali model kereta elektrik terbaru dari China, Great Wall Motors (GWM) telah membina sebuah kereta kompak dengan tanda harga penjualan yang berpatutan. Siri model kereta ini dinamakan GWM ORA R1.  

Kereta ini menggunakan bateri jenis lithium-ion yang boleh mengerakkan kereta sehingga 300km pada sekali caj. Bagi saiz kereta ini mempunyai panjang 3.5 meter dan ketinggian 1.6 meter, ia mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 100km/j. 

Sumber : Facebook Car India 

Ia menggunakan skrin sentuh bersaiz infotainment 9 inci bagi mengawal dan memberi arahan sama juga seperti kereta elektrik lain. Menurut Great Wall Motors, ORA bermaksud ‘open, reliable & alternative’. Harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan, kalau hendak dibandingkan dengan kereta jenama lain. Harga bagi model ini akan dijual $8,900 bersamaan RM 36,147.

Sumber artikel dari VOCKET

1 view0 comments