• Jonathan Shiek

Oksana Voevodina Membandingkan Wajah Anak dengan Keluarga Sultan Muhammad V

Sudah lama kita tidak dengar mengenai Oksana Voevodina (sebelumnya dikenali sebagai Rihana Petra) dan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra.

Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menunjukkan tetap sikap rendah diri sambil menikmati kehidupannya sebagai seorang ibu.

Sedar tak sedar, Tengku Ismail Leon bakal berusia dua tahun pada Mei ini!

Namun, Oksana menjadi buah mulut sekali lagi dengan posting di media sosialnya. Pada 4 Januari, beliau memuat naik gambar Ismail Leon dengan Almarhum Sultan Ismail Petra dan juga Raja Perempuan Tengku Anis.

Dia juga memuat naik foto bekas Agong di sebelah ayahnya dan juga Ismail Leon. “Seperti datuk, dan seperti (ayah),” tulis Oksana yang menunjukkan persamaan wajah antara tiga generasi.

Credit: Instagram @RihanaPetra


Sumber: Hype.My

0 views0 comments