• Syaziyah Md Sharif

O Yeong-su Cipta Sejarah, Pelakon Korea Pertama Menangi Anugerah Golden Globe

Pelakon berusia 77 tahun itu memenangi kategori pelakon pembantu terbaik untuk drama siri Squid Game

O Yeong-su memenangi Golden Globe melalui siri Netflix popular Squid Game, menjadikannya pelakon Korea pertama yang pernah memenangi Golden Globe sejak anugerah itu diadakan pada tahun 1944 — tahun yang sama pelakon itu dilahirkan.


Pelakon berusia 77 tahun yang memainkan watak 001 (Oh Il-nam) telah dianugerahkan pelakon pembantu dalam siri, siri terhad atau filem televisyen di Golden Globes, Ahad lepas. Dia menewaskan pelakon hebat lain termasuk Billy Crudup dan Mark Duplass (The Morning Show), Kieran Culkin (Succession) dan Brett Goldstein (Ted Lasso.)


Bukan sahaja anugerah itu merupakan anugerah utama pertama Yeong-su (dan Golden Globe pertama Korea Selatan) malah ia adalah pencalonan pertamanya.


"Walaupun O Yeong-su adalah pelakon yang dihormati di negara asalnya Korea Selatan, anugerah (Golden Globe) itu pencalonan dan kemenangan pertamanya dalam anugerah utama antarabangsa," dalam laman web Golden Globes.




Sumber: People



9 views0 comments