• Jonathan Shiek

Nur Fathia Dikritik, Muat Naik Video Suntik ‘Filler’ Di Wajah

Pelakon Malaysia, Nur Fathia memuat naik video beliau menyuntik ‘filler’ di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Difahamkan juga Fathia sedang mempromosikan klinik aestetik tersebut di media sosial.

Video yang berdurasi 40 saat itu menunjukkan beliau menyuntik kedua-dua belah rahangnya dan beliau juga berkongsi gambar wajahnya sebelum dan selepas disuntik.


View this post on Instagram

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)


Pengikut media sosialnya tampil meninggalkan komen memberikan reaksi yang pelbagai. Ada di antara mereka memuji wajah Fathia yang semakin cantik namun ada juga yang memberikan nasihat dan peringatan kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T itu adalah perbuatan dosa.

Namun begitu, Fathia dilihat tidak tampil memberi sebarang respon di atas kritikan tersebut.

Video itu telah mencecah lebih 100K views.

#fathialatiff #filler #jawline

0 views0 comments