• Jonathan Shiek

Noor Nabila Dan Engku Emran Sedang Bercinta?

Baru-baru ini ada terdengar desas-desus mengenai kakak kepada Neelofa, iaitu Noor Nabila yang dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami pelakon Ludya Cynthia Bella iaitu Engku Emran.

Baru-baru ini, viral pula sebuah foto di sebuah laman gosip di mana terlihat susuk tubuh Engku Emran sedang berada di kediaman Noor Nabila yang difahamkan sedang mengadakan sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

Credit: beautifulnara


Malah, di forum tersebut tersebut turut mengenakan tajuk yang mendakwa Nabila sudah pun bertunang dengan Engku Emran dan timbul persoalan siapakah yang akan berkahwin dahulu, adakah Nabila atau adiknya, Neelofa.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada berita tersebut benar atau tidak. Ada juga yang mengatakan bahawa mungkin Engku Emran hanya hadir ke rumah Nabila atas sekadar jemputan semata-mata.


View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)


Walau bagaimanapun, Nabila memilih untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen menurut laporan Berita Harian.

Apa-apapun, kita doa yang baik-baik sahaja ok?

#engkuemran #noornabila

0 views0 comments