Syaziyah Md Sharif
Nicol David Dikurniakan Gelaran 'Datuk' Oleh YDP Agong
Tahniah Datuk Nicol David!

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh dan legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.
Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara semalam
Sebagai info, Datuk Nicol David merupakan johan bagi pertandingan Terbuka Dunia sebanyak lapan kali dan dia juga menjadi pemain Malaysia pertama dan wanita Asia pertama yang menduduki ranking nombor satu dunia dalam skuasy.
Pada tahun 2008, dia mencapai kejayaan yang luar biasa dengan tidak pernah tewas satu perlawanan pun dalam tahun tersebut dan disebabkan itu dia digelar Ratu Skuasy Negara.
Tahniah Datuk!
Sumber: Sinar Harian, EduBilla