• Syaziyah Md Sharif

Netizen Teruja, Siri Animasi Omar Dan Hana Jadi Pilihan Paul Pogba

Pemain bola sepak terkenal itu memuat naik gambarnya menonton siri animasi tersebut

Kredit Foto: Instagram @paulpogba

Siri animasi Islamik, Omar Dan Hana bukan sahaja disukai golongan kanak-kanak di negara ini, malah kerana pengisiannya yang sangat mudah difahami dan seronok, ia juga menarik minat orang dewasa dari seluruh pelusuk dunia.


Baru-baru ini, netizen teruja apabila pemain bola sepak kelab Manchester United memuat naik sebuah posting dimana beliau sedang menonton siri animasi tersebut.

Di akaun sosial medianya itu, Pogba memuat naik foto beliau sedang berdiri di depan televisyen sambil memegang alat kawalan jauh dan menonton siri animasi itu.


“Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” tulis Pogba dalam bahasa Perancis.


Pemain bola sepak terkenal itu mempunyai 48 juta pengikut di Instagram, ketika beliau memuat naik hantaran tersebut, rata-rata komen daripada netizen Malaysia yang menyatakan mereka sangat bangga apabila siri tersebut menjadi pilihan Pogba.


Sebagai info, Omar dan Hana yang dihasilkan oleh syarikat produksi dari Malaysia, Digital Durian juga dikenali sebagai siri animasi Islamik kanak-kanak nombor satu.





Sumber: Astro AWANI


45 views0 comments