• Syaziyah Md Sharif

Netizen Puji Dato Siti Nurhaliza Belanja 'Frontliners'

"Patutlah rezeki tak pernah putus"



Penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terkenal dengan kelunakkan suaranya malah beliau juga seorang selebriti yang jarang terpalit dengan apa-apa kontroversi.


Baru-baru ini, tular sebuah video dimana penyanyi yang kini berusia 42 tahun itu dilihat bermurah hati dengan menghulurkan ‘tip’ kepada petugas barisan hadapan.


Seorang petugas wanita @/cikjan_88 berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti melakukan ‘drive-thru’ ujian saringan COVID-19 dipercayai di sebuah fasiliti kesihatan.


Dalam video tersebut, penyanyi lagu Purnama Merindu itu dilihat sempat memberikan lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan oleh mereka yang bertugas.


Video yang kini sudah mencecah lebih 200K tontonan itu rata-rata mendapat respon yang sangat positif daripada netizen, ramai yang merasakan TokTi sangat peramah dan amat berbudi bahasa.


Cayalah TokTi!



10 views0 comments