• shafika9

Netizen Memuji Sikap Atlet Greece Yang Membantu Latif Romly Yang Tercedera Semasa Lompatan Kelima

Updated: Sep 17, 2021

Ini baru betul berjiwa ‘Sportmanship’, terima kasih banyak Thanasis Prodromou

Kredit foto: Astro Arena


Baru sahaja Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirai pada hari semalam. Prestasi yang cukup membanggakan buat kesemua para kontinjen negara kerana membawa pulang banyak pingat buat sukan paralimpik kali ini. Abdul Latif Romly antara salah seorang atlet yang menyumbangkan pingat emas terakhir buat negara pada Sabtu lalu dengan catatan lompatan sejauh 7.45 meter dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.


Dalam persaingan acara lompat jauh tersebut, terdapat satu perkara yang menarik perhatian warganet Malaysia apabila seorang atlet dari Greece, Thanasis Prodromou telah menunjukkan nilai sportsmanship yang dikagumi oleh orang ramai dengan membantu Latif Romly yang kesakitan akibat terjatuh semasa lakukan lompatan kelimanya.


Korang melihat video dibawah ini, pada minit ke tujuh ketika Latif Romly sedang membuat lompatan kelimanya pada ketika itu.


Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu Latif Romly yang dalam kesakitan pada ketika itu dan memuji sikapnya yang menunjukkan seorang ‘sportsmanship’ oleh atlet Greece ini. Apa-apa pun kami rakyat Malaysia ingin mengucapkan tahniah buat semua kontinjen negara yang bersusah payah sehingga ke tahap peringkat antarabangsa untuk membawa sebuah pingat yang bermakna buat negara tercinta.







0 views0 comments