• Jonathan Shiek

Netizen Kecam Pemain Basikal Dari Australia Punca Azizul Terlepas Emas

Jika pada hari kelmarin pelumba Britain, Jack Carlin dikecam kerana dikatakan menjadi punca buat pelumba basikal negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada perlumbaan saringan kedua. Pada hari semalam kecoh juga dengan perkara sama buat pelumba Australia, Matthew Glaetzer pula menerima kecaman daripada netizen Malaysia.

Jaguh dari Australia adalah punca peluang Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih pingat emas pada final acara keirin di Olimpik Tokyo tidak kesampaian. Ini disebabkan Glaetzer yang pada ketika itu menduduki di tempat kedua dilihat tidak melakukan gerakan untuk mengejar pelumba Britain, Jason Kenny yang melakukan pecutan lebih awal dan akhirnya memenangi pingat emas.

Menerusi di ruang Instagram pelumba itu, beberapa netizen Malaysia mula mengecam Glaetzer dan mempersoalkan apa yang dia lakukannya semasa perlumbaan final itu. Banyak juga komen yang negatif telah dilemparkan buat atlet dari Australia itu. Malah, ada juga netizen dari Malaysia yang turut memberikan komen positif buat Glaetzer dengan berkata, “Jangan hiraukan dengan komen-komen yang negatif, kerana anda telah melakukan yang terbaik” kata salah seorang netizen.


View this post on Instagram

A post shared by Matthew Glaetzer (@matthewglaetzer)


Perkara-perkara seperti ini, amatlah tidak profesional dengan mengecam di sosial media orang lain, hanya kerana ketidakpuasan hati kita sendiri. Adat bersukan sememangnya ada menang dan kalah. Walaubagaimanapun, Datuk Azizulhasni Awang telah melakukan yang terbaik sehingga memungut pingat perak buat negara Malaysia. Jadilah netizen yang bertauliah dan profesional demi menjaga nama baik Malaysia. 

Sumber artikel asal dari Harian Metro 

1 view0 comments