• Jonathan Shiek

Netizen Kecam Janna Nick Kerana ‘Thread’ Di Twitter?

Beberapa hari lepas, Janna Nick telah menimbulkan kekecohan dalam media sosial Twitter apabila beliau memberikan kenyataan yang agak sedikit ‘provocative’.

Semuanya bermula setelah bintang tempatan itu memberi komen mengenai serangan bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat oleh penyokong Donald Trump.

Selebriti berusia 26 tahun itu, membandingkan apa yang telah berlaku di Amerika dengan filem “The Purge”. Dia juga menekankan mengapa panduan tertentu diperlukan dalam industri filem, seperti apa yang telah dilakukan di Malaysia selama bertahun-tahun.

Walaubagaimanapun, sebilangan netizen tidak menyokong kenyataannya itu. Dalam hal ini, ramai dari mereka menunjukkan ketidaksepakatan mereka terhadap pandangannya mengenai industri filem tempatan. Ramai juga yang sedikit ‘confuse’ dengan kenyataan artis muda itu.

Credit: Twitter


Pengguna Twitter @/notaidil menyatakan pendirian beliau terhadap industri filem tempatan dan dibidas teruk oleh Janna Nick.

Topik ini terus menjadi bualan hangat sehinggakan trending di Twitter!

Jadi apa pendapat anda? Macam biasa, kami #AtasPagar

#jannanick

1 view0 comments