• Jonathan Shiek

Netizen Kecam dUCK Sekali Lagi, Jual Set Mewarna Berharga RM220!

Ini bukanlah kali pertama jenama tersebut menjadi buah mulut netizen, baru-baru ini jenama dUCk sekali lagi menjadi perhatian apabila set mewarna yang dikeluarkannya sama seperti yang dijual di Shopee.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok dengan nama The Khan, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana set mewarna tersebut langsung tidak nampak eksklusif dan sepertinya sekadar menggunakan jenama tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

@thekhanzmy blood is boiling ❤️ ##dUCk ##duckscarves ##fashionvalet ##fyp

♬ original sound – TheKhan


Rata-rata netizen merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan ramai antara mereka juga telah menjumpai produk yang sama pada harga RM30 dan kebawah!

Credit: MYKMU


Selain itu, pengguna TikTok tersebut turut meluahkan pendapat sekiranya mahu produk tersebut dijual dengan harga sedemikian rupa, biarlah setanding dengan apa yang pembeli bakal terima dan bukanlah hanya sekadar meletakkan logo semata-mata.

Apa pendapat korang?

0 views0 comments