• Jonathan Shiek

Netizen Kagum Lihat Pemuda Ini “Work From Home” Dalam Situasi Banjir

Seperti kita tahu, banyak berita banjir yang kini sedang melanda di negara kita terutama di kawasan kampung dan pedalaman. Juga, sudah semestinya bila berlaku banjir besar seperti ini akan berlaku kerosakan barangan seperti perabot dan juga barang elektronik. Kerugian yang mereka alami bukanlah kecil, kadang-kadang sehingga rumah ditenggelami air sememangnya akan berasa sedih dan duka.

Akan tetapi, tak pula pada seorang mangsa banjir ini yang berkongsi gambar dengan penuh ‘vibes’ positif seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Pengguna Twitter @muhamadfaris22 telah memuat naik beberapa keping gambar ke akaunnya dimana gambar tersebut masih dipenuhi air banjir dengan meletakkan barangan seperti dalam biliknya.

Bosan argh work from home dekat rumah tepu gila otak tak mengembang . Amik angin luar kejap best ke okey ? 😁😆 pic.twitter.com/L6AgX5NsnU — faris (@muhamadfaris22) January 3, 2021

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan sememangnya para netizen rasa terhibur dan ada juga berasa kesian terhadap dia dalam gambar tersebut.

Aduu bro aku gelak jugak tengok gambar ko dalam masa sama harap ko tabah — Syaher (@SyaherZaili) January 3, 2021
Ini yang dinamakan cuba untuk menerima kesedihan dengan hati yang rela walaupun terpaksa 😂 — Faris (@Payishahyin) January 4, 2021
Laptop dia dah kena lumpur kee tu 😰 adakah ini bermakna laptop dia dah mandi ? 🤣 — ♡ (@deisyyy_) January 4, 2021

Siap goyang-goyang kaki lagi, nampak santai gila dia ni!

"Hidup itu harus santai, semangat dan jangan mudah putus asa jika menghadapi permasalahan yang rumit. 😌✌️ pic.twitter.com/BmLJ4pOUof — faris (@muhamadfaris22) January 3, 2021

Ada lagi beberapa keping gambarnya, yang di share kan oleh @muhamadfaris22 di akaun Twitternya. Minum air dulu!

pic.twitter.com/9M7Wv2Hieu — faris (@muhamadfaris22) January 4, 2021

Apa-apa pun kami mendoakan @muhamadfaris22 dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik dan tabah selalu untuk mengharungi dugaan ini.

Sumber artikel asal Vocket

#workfromhome

0 views0 comments